Tuesday, 12 June 2012

Tunang dan Nikah?


ZINA HATI YANG ISLAMIK ROMANTIK

Bila melayari Facebook, kita selalu disajikan dengan tatapan gambar-gambar perkahwinan sama ada sahabat kita sendiri mahu pun kenalan di Facebook.

Terkadang kita keliru.

Ini gambar perkahwinan atau pun pertunangan?

Mana taknya, kalau berkahwin kenapa kita tidak dijemput bersama?

Kalau bertunang mengapa harus ditayangkan kepada umum?

Padahal yang melakukannya bukan orang sebarangan.

Ahli jemaah sendiri.

Orang berfikrah islami pula.

Tidakkah tindakan mereka ini berisiko tinggi?

Apakah pesanan Rasulullah SAW?

Tidakkah mereka belajar cara islam?

Apa yang telah islam gariskan dalam bab ini?

Pertunangan adalah suatu komitmen yang BELUM PASTI.

Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.

Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu TIDAK dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik.

Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil. - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri.

Mereka perlu bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup.

Selama-lamanya sampai mati.

ZINA HATI YANG ISLAMIK ROMANTIK

Ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga hubungan yang belum pasti ini tetapi terperangkap dalam masalah hati atau kita panggil zina hati yang "Islamik Romantik".

Berbau islam, tetapi membawa kepada masalah hati yang parah.

Sebaiknya kita tetapkan hati, pendirian dan besederhana.

InsyaAllah kalau kedua-dua pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan, mengikut saluran yang sebenarnya, mengambil jalan sederhana dan wara’ dalam menjaga batasan, dengan izin Allah prosesnya akan tenang sahaja.

Melainkan keperluan tentang perancangan yang penting.

Sebaiknya elakkan telefon kecuali bagi yang benar-benar "urgent" dan boleh menjaga hati serta tiada jalan lain untuk berbincang.

Seperti ke rumah dengan ibu bapa atau melalui orang tengah.

Juga fokuskan kepada perancangan perkahwinan dan self improvement.

Sebab ramai yang asyik masyuk dalam alam bertunang terlupa nak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga.

Mungkin bagi sesetengah individu, banyak cabaran semasa bertunang.

Setengah yang lain biasa-biasa sahaja.

Semuanya sesuai dengan apa yang Allah beri.

Usah difikir banyak, tidak perlu melayan perasaan semasa bertunang.

Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani sekarang.

Berhubung, minimakan seminimanya.

InsyaAllah, tiada resah gelisah.

Tiada masalah.

Berkahwin cuma sekadar satu wasilah.

Cinta bukan segalanya.

Namun segalanya yang dimulai dengan niat yang ikhlas, cara yang sohih dan barakah akan menimbulkan cinta wajar selepas perkahwinan.

Untuk para daie, jagalah agamamu di mana sahaja kalian berada.

Jadikan perkara ini sebagai sesuatu yang wajib kerana "beban" dakwah tergalas kemas di bahu kita.

Jika kita tidak menjaga amanah ini, siapa lagi.

Usahlah menayangkan benda yang tidak sepatutnya di ruangan umum.

Juga elakkanlah gambar perkahwinan yang melebih-lebih.

Cukup sekadar makluman.

Sekali lagi.

Jagalah agamamu.

Maka Allah akan menjaga kebajikanmu dan mempermudahkan urusanmu.


Thursday, 7 June 2012

Aurat Oh Aurat....

Assalamualaikum... Selamat petang semua.. Topik hari ni berkaitan aurat..
Walaupon gambar ni hanya kartun tapi ia merupakan fakta yg betul.....

Wahai Kaum Adam dan Kaum Hawa di luar sana Marilah kita Bersama2 menutup aurat dgn ikhlas.... Jgn pula kita menutup aurat atas sbb2 tertentu tp semata2 ikhlas kerana Allah... Lg satu jgn pula nk tunggu hidayah dari Allah... Mana nak datang hidayah Allah jika kita tidak mencarinya... Sama2 kita muhasabah diri kita.....











LELAKI suka tengok perempuan seksi TETAPI lebih suka memilih perempuan yang sopan & menutup aurat sebagai ISTERI kelak...

Yang SEKSI tu kalau buat awek boleh la... Kalau nak buat isteri baik cari yang menutup AURAT!!!


sekian, Wassala....

Wednesday, 6 June 2012

Perkara yang perempuan harus belajar.



Perempuan harus belajar menjadi seseorang  yang manis, anggun, dan penuh sopan santun ketika menjelang dewasa, dan harus membentuk karakter tersebut untuk menentukan masa depan hidup selanjutnya. Belajar untuk mendapatkan dan menerima jodohnya untuk membentuk sebuah keluarga.
Perempuan harus belajar untuk mencapai apa yang di inginkannya dalam hidup , belajar mencintai seseorang yang tidak dicintainya ketika perempuan tersebut dijodohkan, belajar menerima jodoh tersebut dalam hidupnya, belajar mencari cinta ketika cinta tersebut tidak kunjung datang dalam hidupnya, belajar menerima ketika cinta tersebut sudah tidak ada lagi.
Perempuan harus belajar untuk terbiasa disakiti, di dalam sebuah relationship selalu lebih banyak perempuan yang disakiti oleh pasangannya dalam banyak hal, ketika pasangan tersebut begitu ego , Perempuan harus belajar mengalahkan ego nya dan bersabar menerimanya, ketika pasangngan tersebut berselingkuh. Perempuan harus belajar membuka pintu maaf bagi pasangannya dan belajar untuk menerima sakit hati tersebut.
ketika pasangan tersebut kehilangan pekerjaannya perempuan harus belajar mencari nafkah dan menutupi segala keperluan rumah tangganya dengan belajar bekerja dan belajar menerima keadaan tersebut, ketika pasangan tersebut meninggalkanya kerana meninggal dunia atau memilih hidup dengan perempuannya yang lain, perempuan tersebut lagi lagi harus belajar tabah, ihklas dan kuat untuk meneruskan hidupnya.
Perempuan yang  dilahirkan dengan tubuh yang lebih sempurna, dan mempunyai kehidupan yang hampir sempurna pun , sebaiknya harus belajar untuk rendah hati, dan belajar menghargai apa yang sudah didapat dalamnya hidupnya.. :)