Wednesday, 30 May 2012

Cara Menjaga Hubungan Anda Dan Pasangan Anda.




Ada sesetengah pasangan mudah untuk menjalinkan hubungan dan ada juga yang susah untuk menjalinkan hubungan dengan pasangan mereka tetapi adalah lebih susah sebenarnya untuk menjaga hubungan antara anda dan si dia dimana untuk menghasilkan hubungan yang berkekalan dan bahagia setiap individu itu perlu memahami apa yang pasangan inginkan dan bertolak ansur.
Adalah sesuatu yang sangat normal jika anda dan pasangan anda mempunyai pandangan berbeza dalam sesuatu pendekatan. Ini kerana, anda dan pasangan anda datang dari cara dan latar belakang yang berbeza dipupuk dari kecil hingga besar oleh keluarga masing-masing jadi tidak pelik jika ada perbezaan pendapat antara anda dan pasangan anda.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk menjaga hubungan antara anda dan pasangan anda supaya hubungan anda dengan si dia lebih intim dan seterusnya berkekalan. Berikut adalah cara yang boleh anda gunakan untuk menjaga hubungan antara anda dan pasangan anda.

Komunikasi


Asas yang paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi. Ia seperti juga bercakap dalam telefon apabila talian anda putus, anda tak dapat berhubung dengan pasangan anda. Dengan komunikasi yang baik, anda dapat menyampaikan mesej serta maklumat yang jelas pada pasangan anda dan seringkali berlaku perselisihan kerana masalah komunikasi, salah dengar dan salah faham.


Hormat dan dihormati


Untuk dihormati oleh pasangan anda, anda perlulah menghormati pasangan anda terlebih dahulu. Hormati pasangan anda dan jangan sekali-kali memperkecilkan dirinya. Cakap dengan nada yang sopan supaya pasangan anda rasa tenang dan rasa dihormati oleh anda.


Tunjukkan kasih sayang


Sering beri alasan mengatakan diri anda tak romantik. Anda pernah dengar dengar pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” ? Dah anda suka dah sayang pada pasangan anda, tunjukkanlah perasaan kasih dan sayang padanya supaya dia boleh merasa kehadiran anda. Ada juga yang sering kali memberi alasan, “Tak perlulah romantik sangat”.
Bagi pasangan suami-isteri itulah perkara yang paling penting dalam membina sebuah keluarga, dengan mempamerkan kasih sayang pada pasangan masing-masing. Tak rugi satu sen malah anda sendiri akan rasa untung.


Memberi salam


Ini mungkin nampak terlalu remeh, tetapi inilah antara perkara yang mengeratkan hubungan anda dan pasangan anda. Salam itu satu doa, dan apabila anda beri salam pada pasangan anda, ia merupakan doa buat dirinya dan yang lebih indah buat pasangan suami isteri, apabila bersalaman maka gugur dosa kedua-duanya.


Ambil Hati


Buat apa yang pasangan anda suka, belajarlah mengambil hati pasangan anda, kalau dia sukakan coklat, belikan dia coklat, bahagianya bila melihat pasangan anda tersenyum gembira. Dan sekiranya anda pandai memasak, belajar dan masakkan makanan kegemarannya. Orang putih kata “The way to a man’s heart is through his stomach
Kalau pasangan anda meminati memancing dan tidak pulak anda, berilah dia peluang untuk pergi memancing, dan bagi yang perempuan apa salahnya keluar sekali sekala shopping dengan kawan-kawan anda sendiri. Berikan dia ruang untuk di bersendirian atau luangkan masa dengan kawan-kawan.


Bergurau


Manisnya kalau si Dia tersenyum, berguraulah dengan pasangan anda cuba jadi seorang yang kelakar dan mampu buat pasangan anda tertawa. Bagi suami isteri, kalau sekali sekala mencuit si isteri bagi melihat pasangan merayu manja macam orang putih kata “it will be the sweetest thing to share a smile 
tetapi jangan gurauan anda itu melampau sangat sampai membuatkan pasangan anda meluat melihat cara anda bergurau. Bergurau juga ada batasnya dan anda perlu lihat situasi pasangan anda sebelum bergurau. Jangan pula pasangan anda baru hilang orang yang tersayang anda pergi bergurau pula dengan dia.
Binalah kebahagian dengan menjaga perhubungan antara anda dan pasangan anda. Sesungguhnya orang yang menjaga hubungan antara dia dan pasangannya adalah orang paling gembira dan bahagia.

Link asal http://www.notahati.com/cara-menjaga-hubungan-antara-anda-dan-pasangan-anda/

Mohon sumbangan ikhlas.....

Assalamualaikum,

Entry hari ini agak menyedihkan kerana ia mengisahkan tentang seorang kanak2 yang memerlukan bantuan. Kanak2 yang disebutkan bernama Nurul Huda.

Nurul Huda telah disahkan menghidap penyakit Kanser Tulang setelah pehanya membesar sehingga 80cm ukurlilit. Sehingga kini (30 Mei 2012) Nurul Huda masih berada di HUKM wad 4H.


Anda boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank: 162526156871 atas nama ayahnya Rosli Said.


Bersama2lah kita membantu meringankan beban dia dan keluarganya.


Semoga Allah menyembuhkan penyakit dia.


Sekian...




Wassalam....

Tuesday, 29 May 2012

JOM TAMBAH FOLLOWER!


Assalamualaikum dan selamat petang....

JOM TAMBAH FOLLOWER!


Sila klik link di bawah.... 


http://ciffahmimalomuchacha.blogspot.com/2012/05/segmen-jom-tambah-follower.html

Sekian... Wassalam...

11 tabiat lelaki malas?

Assalamualaikum, topik hari ini agak panas sebab boleh membuatkan kaum adam diluar sana panas hati.... hehehe... termasuklah saya juge... tapi saya topik hari ni hanya untuk mengingatkan anda semua dan diri saya juge... Malas.. merupakan perkara yang sinonim buat semua orang... tapi kali ini saya ingin berkongsi 11 tabiat lelaki malas...

oh!! apekah... mesti kaum2 adam diluar sana bengang tapi ni adalah realiti....

tapi kite perlu berfikiran positif dan amek yang keruh buang yang jernih kepada yang terase harap maaf...
masih belum terlambat untuk berubah... ayuh! marilah kita sama2 berubah...



sekian..wassalam...

Monday, 28 May 2012

Salam Perkenalan....

Ini merupakan  post pertama saya. Saya masih baru di dalam dunia blog ini. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Silalah follow blos saya ni. Semoga kita bertemu lagi. Sekian....